Sunday, June 24, 2012

stop. stop. stop :)

benar kata orang, menunggu yang tidak pasti tu amat menyakitkan. sebelum ni aku pernah tekad untuk menunggu seseorang yang belum pasti jadi IMAM ku, belum pasti menjadi seorang yang halal untukku. aku sedar aku bukan sempurna untuk sempunakan hidup seseorang. biarlah buat masa ini aku mendekatkan diri aku kepada pencipta yang agung iaitu Allah s.w.t..  aku khilaf dengan semua ini.  aku alpa dengan semua ini.

aku masih ada Allah s.w.t., ibu, keluarga dan kawan-kawan.  sangat-sangat berterima kasih kepada kawan-kawan yang tidak pernah penat bagi aku semangat.  aku akan cuba jadi kuat seperti ibu. kuat harungi apa jua ujian.

Aziera Tarmizi selalu nasihatkan aku. terima kasih kawan. aku akan cuba jadi kuat cam kau. aku tak nak menangis lagi sebab ni. aku dah janji kan? cukup la apa yang berlaku selama ini. mungkin Allah nak tengok sejauh mana iman aku. aku sayang kau. tapi tak reti la nak tunjuk-tunjuk :)

Ezral Amin, terima kasih kawan sebab kau nasihatkan aku banyakkan bersabar, baca apa je ayat yang boleh ubati kesedihan ni. Fakrul Hikmi, terima kasih jadi peneman aku (kawan gaduh), jadi tempat aku lepas marah, macam-macam laa. tapi kau tak pernah marah aku. kenapa ye?

kepada Siti Sakinah, Aisyah Hamid, Fatin Hanani, Farah Eleena, Amira Sehhuri, Nurul Hafizah, Nur Hidayah dan Nuradibah, terima kasih tetap ada kat sisi aku. tidak pernah jemu walaupun dah lebih 6, 7 tahun bersama aku. aku rase nak jumpa semua. sumpah aku terlalu rindu semua. sama-sama gelak. sama-sama nangis. takkan ada pengganti korang.

aku akan jadi lebih kuat daripada sebelum ini. berbekalkan semangat orang-orang disekeliling aku.   insyaAllah :)

No comments:

Post a Comment